Monday, July 12, 2010

sepinya malam ini

satu persatu perkara yang disesali menggamit perasaan, mengimbau kenangan tatkala dosa dilakukan dengan sesuka hati tanpa rasa berdosa sekelumit pun.




malam yang sunyi ini menjadikn aku wanita yang jaganya hanya ingin mencari nur hidayah petunjuk dari yang Maha ESA.



Adakala air mata mengalir tatkala terkenangkn diri ini yang asyik tergoda dengan hasutan syaitan. air mata keinsafan menujah ruang sanubari.



kini aku terduduk, berfikir akn masa depan. mengharapkan masa depan yang lebih gemilang, mengubah diri menjadi wanita yang benar2 takut akan kekuasaan Allah, wanita yang lebih kuat hatinya, sanggup menerima ujian dengan sabar, mahu menghapus segala dosa yang menggunung tinggi.




Ya Allah, kuatkan imanku, ampunkn dosaku, berikan aku petunjuk hidayahmu, berkatilah kehidupanku di muka bumimu ini, semoga sentiasa berada dalam peliharaanmu Ya Rabbi.


amin..

::sesungguhnya aku wanita lemah yang masih tercari-cari akan sinar petunjuk::

1 comment:

iKa eStElle said...

alhamdulillah....
smoge ksdarn ini dpt mlpskn drimu drpd brglumang dgn dosa lalu..
insyaAllah..=)