Thursday, May 6, 2010

wanita hiasan dunia

saban hari kita mendengar berita tentang penindasan kaum lelaki terhadap kaum wanita yang lemah. bukan dari kalangan mereka yang tidak mempunyai hubungan persaudaraan sahaja, malahan suami juga sanggup membunuh isteri sendiri atas dasar yang tidak munasabah. justeru itu, saya sebagai puteri umno cawangan sri gading, he.. tibe2..



ok2, dh mcm bace berita pulak kn, kita back to side yang unformal ok. semalam i baca berita tentang seorang suami menendang isteri, pukul, pijak kepala sampai isteri dia pengsan. semalam semalamnya pulak i baca kes sang suami konon2nya mendengar bisikan syaitan nirrojim ni yg mengatakan isteri dia curang, then si suami ni merodok kemaluan isteri.* sakit tau x!* ish3.. dan semalam semalam semlamnya lagi i baca berita tentang suami memijak betis perut dan muka si isteri hingga meninggaal dunia, nauzubillah. sebabnya cuma si isteri berbual dgn lelaki lain menerusi panggilan telefon, ei, geram, marah, sedih, semua perasaan bercampur baur bila kita baca berita yang menyayat hati mcm ni kn.




kalau kita fikir-fikirkan blk, pasangan suami isteri ni sebelum kawin *masa hangat bercinta la ni* of coz la mereka berkasih sayang, tolong menolong, bertolak ansur, tapi bila dh kawin, dh ada ank, ha mulalah buat perangai, itu x kene, ini x kene. kadang2 nk diikutkan tanggungjawab suami itu adalah mendidik, menjaga dan melindungi isteri mereka yang dikatakan kaum yang lemah. i rasa tanggungjawab ni semua kaum lelaki wajib TAHU. sebelum bertindak di luar batasan tu, eloklah mereka ambil contoh dari bapa mereka sendiri. tgk mcm mne ayh kita dpt menjaga mak kita yg sorang tu sampai lahirnya kita2 ni. ha.. terfikir x? bahagia je mak kita sampai skrg ni, ada ayah u all buat keje x senonoh? ade ayh u all maki2 mak, pijak2 mak? ada x? huh, *sory la, emo terlebih*




itu cerita suami dan isteri, ada jgk kes lelaki bunuh teman wanita sendiri sbb CEMBURU, oh no.. cemburu bertempat la bang. erm.. klu ye pun sakit aty, i mintak la jgn dibunuh, bg nasihat je, tinggalkan, then cri pmpuan lain, abis cerita.. perbuatan membunuh tu sangat kejam dan langsung tidak memberi peluang utk si perempuan ni betulkn salah dia. itu pun klu betullah teman wanita dia curang, klu just syak tanpa bukti, x ke menganiaya org namanya? sedar x kaum lelaki yang peranan u all di dunia ni sgt besar. dh la membunuh, pastu nk buang2 kt semak bluecar mana tah sesuka ati.




meh i nk bg tau sikit, 4 tanggungjawab lelaki di dunia ni yang jika tidak dilaksanakan dgn baik, ianya akan dituntut oleh kaum wanita di akhirta kelak:




1. tanggungjawab sebagai seorang suami

  • suami hendaklah memberi tanggungjwb sepenuhnya kpd isteri dan jika si isteri membuat perkara yang terlarang, suami mestilah menegur dgn cara yang paling lembut.


2. tanggungjawab sebagai seorang ayah

  • ayah bertanggungjawab mendidik anak2 perempuan dan sentiasa memperingatkan mereka supaya melaksanakan perintah Allah sehinggalah mereka berkahwin. selagi mereka belum berkahwin, dosa itu juga ditanggung oleh ayah. ( ank2 pmpuan klu sayang ayh jgn wat bende x senonoh tau, cian kt ayh)


3. tanggungjawab sebagai seorang anak

  • anak2 lelaki juga mempunyai tanggungjawab ke atas ibu mereka. jika ank lelaki melihat si ibu melakukan perbuatan yang tidak baik, seeloknya dia menegur.( yang ni i tau agak payah, berdoa dan menegur dlm hati juga satu bentuk teguran jika itu yang terbaik)


4.tanggungjawab sebagai seorang abang

  • jika u all ramai adik2 perempuan, mmg menjadi tanggungjawab abg2 ni tuk menegur adik dia jika si adik tidak melaksanakan perintah Allah. u all boleh tegur adik jika mereka belum solat atau pun mengajar adik yang kecil2 lg tu berpuasa, perkara sebegini juga dapat mengeratkan lagi hubungn antara adik beradik itu sendiri.


i rasa kes2 mcm ni berlaku kerana kurangnya didikan agama ataupun kurangnya ilmu berumahtangga (munakahad) dlm diri mereka. mereka sewenang-wenangnya memberi hukuman ats undang2 yang mereka cipta sendiri kpd si isteri. lepas kawin diorang mesti pk mcm ni tau," perempuan ni milik aku, aku blh buat sesuka aty aku, aku dh byr mahar n hantaran masa kawin dlu, so korang peduli apa" ha kn3.. klu setuju angkt tgn, ok.. terima kasih..=)



so sbb utamanya mereka pk mcm tu adalah kerana kurangnya ilmu perkahwinan itu sendiri. klu ye pun si isteri melakukan kesilapan, ISLAM bnyk memberikan garis panduan ttg cara2 menegur isteri yang NUSYUZ, bknnya dgn cara kekejaman.




justeru itu wahai saudara2 sekalian... hamboi! *dh mcm bersidang dlm parlimen la plk*


ok2, saya menyeru lah agar kaum lelaki lebih peka terhadap isu ini, jgn la kamu membuli kaum wanita yang lemah. terapkanlah nilai kasih sayang dan hormat-menghormati antara satu sama lain agr hubungn suami isteri berkekalan hingga ke akhir hayat dan xde lah i cuak nk kawin.. huhu..* knp nk kawin tu aku highligh, mmg miang lahai*




penat i type ni, hrp sgt perkara ni u all kongsi dgn kawan2 or sapa2 sahaja yang ingin berumahtangga. pegi kursus kawin, jangan lupe tau! i pun belum g lagi.. hehe. xpe, slow2, blaja pandai2 dulu ilmu perkahwinan, then klu dh sedia bru g pinang ank org.



sekian dari saya, ketua menteri pembangunan wanita dan keluarga. haha.


da...

2 comments:

iKa eStElle said...

chewah..! rndu nk bersyarh dpn khalayk rmai ke cik kak..haha..
syarhn d blogger pon jd kn..ahahak..

aKu PeRlU mEnUliS said...

haha, aah la ka, rindu.. x berpeluang. kah3..